Thursday 18 August 2011

Nyor Kabung


Ini adalah nyor kabung yang mana ianya juga merupakan salah satu daripada species kelapa juga cuma tandanya agak berbeza daripada kelapa biasa, cuba perhatikan. Gambar ini ku ambil pada waktu petang setelah selesai memasak untuk berbuka. Suamiku membawaku ke tempat dimana terdapatnya pokok ini sambil aku cuba menguji tamronku untuk jarak jauh dan inilah hasilnya.....terima kasih buat suamiku yang sangat banyak mendorongku dalam menghasilkan gambar-gambar yang menarik, juga kepada adikku dan anak-anakku yang sentiasa memahami tentang hobiku ini... tak juga lupa pada teman-teman yang sentiasa memberikan komen yang membina....


Saturday 13 August 2011

Macro..

Dingin pagi terasa menyentuh kulitku...hembusan bayu lembut membelai rambutku terasa kedinginannya. Kumenghela nafasku perlahan. Kicau burung di hadapan rumahku menarik perhatian lantas kaki melangkah ke arah pepohon nan menghijau...tertinjau-tinjau ku mencari arah suara burung yang berkicau riang... kelihatannseekor burung yang ekor kelihatan mengembang dan begitu cantik sekali, kuberlari ke dalam rumah lantas mencapai lensku namun semak samun di bawah pohon tersebut menghalangku untuk mendekatinya aku hanya mampu melihat dari kejauhan di celah-celah ranting kayu...dan tidak lama selepas itu dia terbang berlalu dari situ dan aku hanya mampu melihat. Lensku masih di tangan lantas ku mengelilingi rumahku dan halakan lensku kearah daun limau purut yang di atasnya terdapat titisan embun yang belum kering lagi dek terik sinar mentari... dengan segera ku petik lensku dan inilah hasilnya... Namun aku masih belum berpuas hati lantas ku menuju kearah sisi rumahku di bawah pohon mangga  kelihatan sepasang gonggok kecil sedang bergerak-gerak...kupasang lensku pada tripod dan ku halakan ke arah sepasang gonggok kecil......ku cuba dengan pelbagai apeture seperti yang disarankan oleh rakan-rakan fotografiku....dan saksikanlah...moga melalui apa yang kutemui mendekatkanku kepadaNya...
                                              f/5.6 | 1/2.5sec | iso-200 | focal length 300mm

                                           f/ 4.8 | 1/13 sec | iso 200 | focal length 195mm
                                             f/ 5.6 | 1/30 sec | iso-400 | focal length 300mm
                                          Kuturuti kemana kau pergi....

                                            f/ 5.6 | 1.25sec | iso-400 | Focal length 300mm

Cantiknya ciptaan Allah....

Friday 12 August 2011

Hari Keduaku bersama Tamron....



Hari ni aku dapat input baru....oleh itu hasilnya seperti yang anda lihat masih belum perfact dan perlu dibaiki...apa pun layan....macro...

Thursday 11 August 2011

Tamronku...





Inilah hasil pertamaku menggunakan lens tamron... banyak kelemahan insyaAllah akan kuperbaik dari semasa kesemasa... apa pun sangat menarik... aku akan explore sendiri semuanya dengan dibantu oleh rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu denganku.......

Thursday 4 August 2011

Bokeh...aku tidak pasti inikah istilah yang digunakan bagi menggambarkan latar belakang yang kabur..aku masih terangkak-rangkak dalam memahami istilah fotografi...namun aku tidak mudah berputus asa untuk mempelajarinya. exif bagi gambar ini.. 1/100s, f/6.3, iso100

Bicara hati:
   Titis hujan berjatuhan membasahi bumi, pepohon bangkit keriangan bayu bertiup segar dan dingin membelai lembut kulitku. Aku masih termanggu di situ melihat titik hujan yang berjatuhan satu persatu. Bumi kian basah rerumput yang menguning kekeringan kian menghijau.....KekuasaanMu Ya Allah...

Setelah Hujan


Foto ini kuambil selepas hujan oleh itu tidak hairanlah jika dilihat dalam gambar ini ada titis-titis hujan pada bunga yang menjadi subjekku namun gambar ini aku edit dengan menggunakan Photo Scape. Sebenarnya aku tidak mahir dengan Photo Scape dan program ini baru aku downloadkan dari internet. Aku masih tercari-cari untuk menggunakan Photo Scape tapi memang sikap aku dengan perkara baru dan mencabar aku terus mencuba dan alhamdulillah inilah hasilnya. Antara yang sangat menarik minatku adalah yang berkaitan dengan komputer dan aku mudah memahami dan mempelajarinya. Aku suka explore sesuatu yg baru sehingga aku mahir.

Bicara hati....
 Titis hujan yang berguguran di kelopak bunga membasahi dan menyegarkan. Namun titis hujan juga bercerita lara tentang duka hati yang terluka menangis namun tidak siapa yang mendengarnya... Kilat memetir, guruh berdentum melenyapkan tangis lara insan yang terluka... maka tersimpan jua untuk sekian tahunnya lagi.