Ku lalui denai-denai kehidupan yang di kiri dan kanannya punya cerita lantas kuabadikan melalui lensaku buat tatapan dan renungan dengannya tersingkaplah tabir nurani betapa kebesaran Allah...
Monday, 7 November 2011
Qurban... dalam situasi sibuk menguruskan qurban...sempat lensaku halakan, untuk merakam suasana majlis qurban itu...
Friday, 14 October 2011
Sunday, 25 September 2011
Friday, 16 September 2011
Wednesday, 14 September 2011
Bunga rumput, hadirnya tak siapa peduli dan tak siapa sedari... melata di muka bumi... lantas ku abadikan melalui lensaku cantiknya ia...
Tuesday, 13 September 2011
Buah kana....rasanya entahlah tak pernah rasa...aku ambil di belukar sekitar rumahku....biasalah apabila duduk di kampung macam-macam jumpa
Thursday, 18 August 2011
Nyor Kabung
Ini adalah nyor kabung yang mana ianya juga merupakan salah satu daripada species kelapa juga cuma tandanya agak berbeza daripada kelapa biasa, cuba perhatikan. Gambar ini ku ambil pada waktu petang setelah selesai memasak untuk berbuka. Suamiku membawaku ke tempat dimana terdapatnya pokok ini sambil aku cuba menguji tamronku untuk jarak jauh dan inilah hasilnya.....terima kasih buat suamiku yang sangat banyak mendorongku dalam menghasilkan gambar-gambar yang menarik, juga kepada adikku dan anak-anakku yang sentiasa memahami tentang hobiku ini... tak juga lupa pada teman-teman yang sentiasa memberikan komen yang membina....
Saturday, 13 August 2011
Macro..
Dingin pagi terasa menyentuh kulitku...hembusan bayu lembut membelai rambutku terasa kedinginannya. Kumenghela nafasku perlahan. Kicau burung di hadapan rumahku menarik perhatian lantas kaki melangkah ke arah pepohon nan menghijau...tertinjau-tinjau ku mencari arah suara burung yang berkicau riang... kelihatannseekor burung yang ekor kelihatan mengembang dan begitu cantik sekali, kuberlari ke dalam rumah lantas mencapai lensku namun semak samun di bawah pohon tersebut menghalangku untuk mendekatinya aku hanya mampu melihat dari kejauhan di celah-celah ranting kayu...dan tidak lama selepas itu dia terbang berlalu dari situ dan aku hanya mampu melihat. Lensku masih di tangan lantas ku mengelilingi rumahku dan halakan lensku kearah daun limau purut yang di atasnya terdapat titisan embun yang belum kering lagi dek terik sinar mentari... dengan segera ku petik lensku dan inilah hasilnya... Namun aku masih belum berpuas hati lantas ku menuju kearah sisi rumahku di bawah pohon mangga kelihatan sepasang gonggok kecil sedang bergerak-gerak...kupasang lensku pada tripod dan ku halakan ke arah sepasang gonggok kecil......ku cuba dengan pelbagai apeture seperti yang disarankan oleh rakan-rakan fotografiku....dan saksikanlah...moga melalui apa yang kutemui mendekatkanku kepadaNya...
f/5.6 | 1/2.5sec | iso-200 | focal length 300mm
f/ 4.8 | 1/13 sec | iso 200 | focal length 195mm
f/ 5.6 | 1/30 sec | iso-400 | focal length 300mm
Kuturuti kemana kau pergi....
f/ 5.6 | 1.25sec | iso-400 | Focal length 300mm
Cantiknya ciptaan Allah....

Friday, 12 August 2011
Hari Keduaku bersama Tamron....
Hari ni aku dapat input baru....oleh itu hasilnya seperti yang anda lihat masih belum perfact dan perlu dibaiki...apa pun layan....macro...
Thursday, 11 August 2011
Tamronku...
Thursday, 4 August 2011
Bokeh...aku tidak pasti inikah istilah yang digunakan bagi menggambarkan latar belakang yang kabur..aku masih terangkak-rangkak dalam memahami istilah fotografi...namun aku tidak mudah berputus asa untuk mempelajarinya. exif bagi gambar ini.. 1/100s, f/6.3, iso100
Bicara hati:
Titis hujan berjatuhan membasahi bumi, pepohon bangkit keriangan bayu bertiup segar dan dingin membelai lembut kulitku. Aku masih termanggu di situ melihat titik hujan yang berjatuhan satu persatu. Bumi kian basah rerumput yang menguning kekeringan kian menghijau.....KekuasaanMu Ya Allah...

Setelah Hujan
Foto ini kuambil selepas hujan oleh itu tidak hairanlah jika dilihat dalam gambar ini ada titis-titis hujan pada bunga yang menjadi subjekku namun gambar ini aku edit dengan menggunakan Photo Scape. Sebenarnya aku tidak mahir dengan Photo Scape dan program ini baru aku downloadkan dari internet. Aku masih tercari-cari untuk menggunakan Photo Scape tapi memang sikap aku dengan perkara baru dan mencabar aku terus mencuba dan alhamdulillah inilah hasilnya. Antara yang sangat menarik minatku adalah yang berkaitan dengan komputer dan aku mudah memahami dan mempelajarinya. Aku suka explore sesuatu yg baru sehingga aku mahir.
Bicara hati....
Titis hujan yang berguguran di kelopak bunga membasahi dan menyegarkan. Namun titis hujan juga bercerita lara tentang duka hati yang terluka menangis namun tidak siapa yang mendengarnya... Kilat memetir, guruh berdentum melenyapkan tangis lara insan yang terluka... maka tersimpan jua untuk sekian tahunnya lagi.
Tuesday, 19 July 2011
Mentari Petang...
Kali ni aku bermain dengan lensku mengguna manual mode. Eksperimenku tentang shutter speed dan iso.
Aku kehilangan idea... dan lensku tersimpan rapi, aku kehilangan subjek utama untuk lensku. Namun entah mengapa ketika aku bersiap untuk berjoging aku bawa juga lensku ini. Setelah selesai berjoging idea aku datang, apa kata aku bermain dengan shutter n iso dan lihat hasilnya, lagipun aku tidak mahir lagi dengan shutter speed ni. Apa lagi yang ada di hadapanku cuma sang mentari yang memancar terik kerana ketika itu walau jarum jam telah menunjukkan pukul 6.00 petang namun terik panas mentari masih terasa di kulitku. Lantas kuhalakan lensku kearah mentari... dan hasilnya....f/6.3, 1/4000sec, iso 100...
Ermmm bayanganmu... f/6.3, 1/4000 sec, iso 100
Teriknya sinar kasihmu... membakar luluh hatiku...f/6.3, 1/1250 sec, iso 100
Segaris sinar memecah kelam....f/6.3, 1/2500sec, iso 100
Sinar kasihmu membangkitkan resahku....f/6.3, 1/4000, iso 400....
Inilah hasilnya, jika shutter speed laju dan isonya kita tinggikan maka kecerahan suasana masih ada dan jika ingin merakamkan suasana suram tetapi indahnya terletak kepada Sang Mentari adalah lebih baik jika shutter speed dilajukan (aku keliru dgn bukaan samada rendah atau tinggi bagi menentukan kelajuan jadi adalah lebih mudah jika aku menyebut laju atau perlahan) maka isonya kita rendahkah... namun aku masih belajar...banyak yang perlu aku explore... entah mengapa kasihku tertumpah di sini...(andainya ada kesilapan sila betulkan...)

Friday, 15 July 2011
Suatu senja di Tasek Bera
Suasana di Tasek Bera ketika malam mula melabuhkan tirainya dan mentari kian berinsut malu menuju ke peraduannya. Ternampak bebayang mentari di air tenang. Pondok memancing kelihatan berbalam-balam dek suramnya suasana. Senja ini bagaikan sebuah cerita sedih, senja ini juga bagai sebuah permulaan hari untuk bermula hari yang bernama esok.. jua senja ini ada cerita indahnya. Sang Cengkerik mula berlagu, lagu sayu, lagu indah... semuanya punya cerita... dan aku senang dengan senja ini... dan lensaku tidak berhenti merakam saat indah ini.. namun kemahiranku masih tidak dapat merakam semua saat indah ciptaan Allah dengan sempurna apa pun... aku amat menyenanginya... exif : f/5, 1/1600s, iso 400... yang pasti untuk foto ini iso perlu aku rendahkan lagi... untuk lebih menarik....
Wednesday, 6 July 2011
Mentari nan Merah...
Gambar ini ku ambil semasa perkhemahan pengakap peringkat daerah di Tasik Bera. Dalam mengambil gambar ni aku banyak bermain dengan aperture dan shutter speed... betul komen kawanku tentang gambar ni...aku perlu rendahkan lagi iso supaya gambar ni lebih gelap dan pembalikkan cahaya matahari di dalam air tu nampak lebih smooth.... ermmm memang menarik... exif bagi gambar ini ialah f/5.3, 1/4000s, iso 400... inilah hasilnya tanpa diedit dengan menggunakan adobe photo shop. Lagi pun laptopku dah problem jadi note book je lah yang boleh diguna... so gambar pun original no editing...terima kasih kepada yang sudi melihat-lihat hasil kerja ku ini dan sila berikan komen dan saya sentiasa positif tentang komen anda semua...
Saturday, 2 July 2011
Tabir Senja
Dalam setiap gambar ada penceritaannya dan terpulang kepada individu untuk menginterpretasikan apa yang dilihat.
Flare
Perbezaan dua gambar. Gambar di atas aku tidak edit tetapi gambar di bawah telah aku edit dimana aku telah memasukkan unsur pembalikkan cahaya dalam adobe dipanggil "flare". Yang pasti terpulang kepada individu yang sukakan gambar yang tidak perlu diedit atau yang telah diedit tapi bagi diriku terpulang kepada keadaan dan aku suka kedua-duanya.
Gambar yang kuedit...
Inilah dua perbezaan gambar yang tidak diedit dengan yang telah dieditkan. Gambar di atas telah saya edit dengan menggunakan adobe photo shop...saya edit dari segi warna...supaya warna nampak lebih terang dan lebih detail...tapi yang pasti kita kena pandai mencari posisi yang menarik kemudian barulah diikuti dengan edit...barulah gambar akan lebih menarik...inilah hasil percubaan saya yang kedua mengedit gambar semua ni hasil cuba jaya.... yang pastinya saya sangat gembira dengan hasilnya... Semua ini memberi kepuasan kepadaku...
Thursday, 30 June 2011
Natural Pattern...buah salak
Natural pattern ini hasil daripada tunjuk ajar kawan-kawan. Semakin hari saya semakin mahir menggunakan mode manual dan saya lebih gemar menggunakan mode ini bagi memahirkan skil saya dalam fotografi...
exif bagi foto ini ialah f/7.1, 1.10s, iso 1600
Tuesday, 28 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)