Hasil yang telah aku edit guna adobe..... memang best...
Ku lalui denai-denai kehidupan yang di kiri dan kanannya punya cerita lantas kuabadikan melalui lensaku buat tatapan dan renungan dengannya tersingkaplah tabir nurani betapa kebesaran Allah...
Showing posts with label Tabir senja. Show all posts
Showing posts with label Tabir senja. Show all posts
Tuesday, 7 February 2012
Friday, 15 July 2011
Suatu senja di Tasek Bera
Suasana di Tasek Bera ketika malam mula melabuhkan tirainya dan mentari kian berinsut malu menuju ke peraduannya. Ternampak bebayang mentari di air tenang. Pondok memancing kelihatan berbalam-balam dek suramnya suasana. Senja ini bagaikan sebuah cerita sedih, senja ini juga bagai sebuah permulaan hari untuk bermula hari yang bernama esok.. jua senja ini ada cerita indahnya. Sang Cengkerik mula berlagu, lagu sayu, lagu indah... semuanya punya cerita... dan aku senang dengan senja ini... dan lensaku tidak berhenti merakam saat indah ini.. namun kemahiranku masih tidak dapat merakam semua saat indah ciptaan Allah dengan sempurna apa pun... aku amat menyenanginya... exif : f/5, 1/1600s, iso 400... yang pasti untuk foto ini iso perlu aku rendahkan lagi... untuk lebih menarik....
Wednesday, 6 July 2011
Mentari nan Merah...
Gambar ini ku ambil semasa perkhemahan pengakap peringkat daerah di Tasik Bera. Dalam mengambil gambar ni aku banyak bermain dengan aperture dan shutter speed... betul komen kawanku tentang gambar ni...aku perlu rendahkan lagi iso supaya gambar ni lebih gelap dan pembalikkan cahaya matahari di dalam air tu nampak lebih smooth.... ermmm memang menarik... exif bagi gambar ini ialah f/5.3, 1/4000s, iso 400... inilah hasilnya tanpa diedit dengan menggunakan adobe photo shop. Lagi pun laptopku dah problem jadi note book je lah yang boleh diguna... so gambar pun original no editing...terima kasih kepada yang sudi melihat-lihat hasil kerja ku ini dan sila berikan komen dan saya sentiasa positif tentang komen anda semua...
Saturday, 2 July 2011
Tabir Senja
Dalam setiap gambar ada penceritaannya dan terpulang kepada individu untuk menginterpretasikan apa yang dilihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)




