Ku lalui denai-denai kehidupan yang di kiri dan kanannya punya cerita lantas kuabadikan melalui lensaku buat tatapan dan renungan dengannya tersingkaplah tabir nurani betapa kebesaran Allah...
Thursday, 30 June 2011
Natural Pattern...buah salak
Natural pattern ini hasil daripada tunjuk ajar kawan-kawan. Semakin hari saya semakin mahir menggunakan mode manual dan saya lebih gemar menggunakan mode ini bagi memahirkan skil saya dalam fotografi...
exif bagi foto ini ialah f/7.1, 1.10s, iso 1600
Tuesday, 28 June 2011
Hasilan pertamaku...
Ini adalah fotografiku yang pertama. Modelnya adalah anak saudaraku. Ketika ini aku belajar fokus dengan menggunakan setting manual yang diajar oleh adikku Norazman atau kikieriezman. Aku cuba jelaskan subjek utama dalam gambar ni dan blurkan latar dan nampaknya menjadi....yes....aku suka....exifnya akan aku masukkan kemudian... masih lagi belajar sehingga kini...
DSLR kesayanganku...
Sekian lama kumengidamkan sebuah kamera untukku merakamkan pelbagai perkara dengan pelbagai cerita yang bermula dengan hanya sekeping gambar. Akhirnya impianku tercapai apabila aku memiliki sebuah kamera DSLR3100 dan aku belajar menggunakannya dalam satu malam sahaja tapi tak sepenuhnya aku berjaya menguasainya. Namun aku berjaya merakamkan beberapa gambar yang agak menarik bagiku. Lalu ku abadikan gambar-gambar tersebut di sini buat tatapan sesiapa yang sudi dan jua terima kasih pada yang sudi komen bagi memperbaiki lagi hasil kerjaku yang tidak seberapa itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)