Tuesday, 19 July 2011

Mentari Petang...

Kali ni aku bermain dengan lensku mengguna manual mode. Eksperimenku tentang shutter speed dan iso.
Aku kehilangan idea... dan lensku tersimpan rapi, aku kehilangan subjek utama untuk lensku. Namun entah mengapa ketika aku bersiap untuk berjoging aku bawa juga lensku ini. Setelah selesai berjoging idea aku datang, apa kata aku bermain dengan shutter n iso dan lihat hasilnya, lagipun aku tidak mahir lagi dengan shutter speed ni. Apa lagi yang ada di hadapanku cuma sang mentari yang memancar terik kerana ketika itu walau jarum jam telah menunjukkan pukul 6.00 petang namun terik panas mentari masih terasa di kulitku. Lantas kuhalakan lensku kearah mentari... dan hasilnya....f/6.3, 1/4000sec, iso 100...


Ermmm bayanganmu... f/6.3, 1/4000 sec, iso 100



Teriknya sinar kasihmu... membakar luluh hatiku...f/6.3, 1/1250 sec, iso 100




Segaris sinar memecah kelam....f/6.3, 1/2500sec, iso 100


Sinar kasihmu membangkitkan resahku....f/6.3, 1/4000, iso 400....
Inilah hasilnya, jika shutter speed laju dan isonya kita tinggikan maka kecerahan suasana masih ada dan jika ingin merakamkan  suasana suram tetapi indahnya terletak kepada Sang Mentari adalah lebih baik jika shutter speed dilajukan (aku keliru dgn bukaan samada rendah atau tinggi bagi menentukan kelajuan jadi adalah lebih mudah jika aku menyebut laju atau perlahan) maka isonya kita rendahkah... namun aku masih belajar...banyak yang perlu aku explore... entah mengapa kasihku tertumpah di sini...(andainya ada kesilapan sila betulkan...)

Friday, 15 July 2011

Suatu senja di Tasek Bera


Suasana di Tasek Bera ketika malam mula melabuhkan tirainya dan mentari kian berinsut malu menuju ke peraduannya. Ternampak bebayang mentari di air tenang. Pondok memancing kelihatan berbalam-balam dek suramnya suasana. Senja ini bagaikan sebuah cerita sedih, senja ini juga bagai sebuah permulaan hari untuk bermula hari yang bernama esok.. jua senja ini ada cerita indahnya. Sang Cengkerik mula berlagu, lagu sayu, lagu indah... semuanya punya cerita... dan aku senang dengan senja ini... dan lensaku tidak berhenti merakam saat indah ini.. namun kemahiranku masih tidak dapat merakam semua saat indah ciptaan Allah dengan sempurna apa pun... aku amat menyenanginya... exif : f/5, 1/1600s, iso 400... yang pasti untuk foto ini iso perlu aku rendahkan lagi... untuk lebih menarik....

Wednesday, 6 July 2011

Mentari nan Merah...



Gambar ini ku ambil semasa perkhemahan pengakap peringkat daerah di Tasik Bera. Dalam mengambil gambar ni aku banyak bermain dengan aperture dan shutter speed... betul komen kawanku tentang gambar ni...aku perlu rendahkan lagi iso supaya gambar ni lebih gelap dan pembalikkan cahaya matahari di dalam air tu nampak lebih smooth.... ermmm memang menarik... exif  bagi gambar ini ialah f/5.3, 1/4000s, iso 400... inilah hasilnya tanpa diedit dengan menggunakan adobe photo shop. Lagi pun laptopku dah problem jadi note book je lah yang boleh diguna... so gambar pun original no editing...terima kasih kepada yang sudi melihat-lihat hasil kerja ku ini dan sila berikan komen dan saya sentiasa positif tentang komen anda semua...

Saturday, 2 July 2011

Tabir Senja

Dalam setiap gambar ada penceritaannya dan terpulang kepada individu untuk menginterpretasikan apa yang dilihat.

Flare


Perbezaan dua gambar. Gambar di atas aku tidak edit tetapi gambar di bawah telah aku edit dimana aku telah memasukkan unsur pembalikkan cahaya dalam adobe dipanggil "flare". Yang pasti terpulang kepada individu yang sukakan gambar yang tidak perlu diedit atau yang telah diedit tapi bagi diriku terpulang kepada keadaan dan aku suka kedua-duanya.

Gambar yang kuedit...


 Inilah dua perbezaan gambar yang tidak diedit dengan yang telah dieditkan. Gambar di atas telah saya edit dengan menggunakan adobe photo shop...saya edit dari segi warna...supaya warna nampak lebih terang dan lebih detail...tapi yang pasti kita kena pandai mencari posisi yang menarik kemudian barulah diikuti dengan edit...barulah gambar akan lebih menarik...inilah hasil percubaan saya yang kedua mengedit gambar semua ni hasil cuba jaya.... yang pastinya saya sangat gembira dengan hasilnya... Semua ini memberi kepuasan kepadaku...