Wednesday, 20 February 2013

Dalam kekosongan ruang kutercari-cari ruang mengisi kekosongan... kebosanan kian menyeliputi diriku akhirnya kucapai lensaku menghala kearah warna jingga yang megah di halaman rumahku... cantik megah namun bentukmu amat sederhana... dalam kesederhanaanmu ada kemegahanmu menarik sang kumbang mendekatimu.... dan pasti kau terus megah dengan dirimu...
Aku suka bermain dengan kata-kata adakalanya bicaraku mendayu... bercerita tentang cinta, kasih dan rindu .. tapi bukan bermakna aku sedang bercinta... tapi aku terfikir juga kan cinta itu luas bukan sekadar cinta antara lelaki dan perempuan... tp antara insan dan penciptanya... cinta kepada rasulnya... cinta kepada ibu bapa dan banyak lagi... terlalu luas... dan tak salah jika ku gambarkan rasa cinta sesama insan antara dua makhluk lelaki dan perempuan... kerana ku mempunyai suami untuk dicintai.... ermmmmm....hidup ini sebenarnya penuh dengan rasa cinta.... kerana cinta itu amat ajaib nikmatnya.....

Gadis cilik kacukan bapa india dan ibu Cina... sangat comel membuatkan ku ingin memiliki anak kecil semula... suka tengok dia... jiran sebelah ibu mertuaku...

Tuesday, 19 February 2013

Ku amat menyukai warna putih.... putih itu membawa seribu cerita yang boleh kita lakarkan dalam pelbagai rasa. Putih membawa kisah tentang kesucian.. ketulusan walaupun amat jauh untuk digapai namun kita sebagai insan harus mencuba dalam mencari hakiki erti sebuah kehidupan... kerana untuk memiliki semua tidak mungkin namun sesungguhnya biarlah ada dari tiada... maka teruslah berusaha... sesungguhnya putih itu amat indah... dan hitam itu amat menawan.... biar pun tampak kosong... namun disebaliknya ada cerita pada yang mengerti.... warna putih kesukaanku....

Friday, 18 May 2012

Tuesday, 15 May 2012

Kasih.... dari sinar matamu ku mengerti akan cintamu padaku.... dan terima kasih atas cinta dan sayangmu... dan ku bersyukur kerana kau dan aku kini saling memiliki di bawah rahmatNya.....
Manisnya.... apabila jiwa menyatu atas rasa cinta.... hermmmm bahagianya...
Mencuba dan terus mencuba.... akan ku teruskan langkah ini.....
Percubaan demi percubaan.... belum belajar edit pic lagi... pas ni nak belajar edit pic plak... satu demi satu aku melangkah.... apa pun aku menyukainya....
Masa ni aku guna wide lens.... baru pertama kali guna... so tak mahir.... ini lah hasilnya.... ni main aci belasah je ni setting exif...

First time aku belajar ambil gambar perkahwinan dan ini adalah perkahwinan adik bongsu ku di Sabah.... letih tapi seronok giler... terima kasih cikgu E n Oby Want'z yang beri tunjuk ajar... n pinjamkan lens mahal.... 

Thursday, 10 May 2012

Pic ni aku ambil selepas hujan.... ni bunga delima kat dapur rumahku.... dalam titis air tu nampak bayang.... dan... Kejernihan kasihmu tampak bayang rindumu..... boleh la kot....
Ini tak tahu lalat species apa.... mata dia berbelang.... bila buat makro part yang paling best detailnya tu...hermmm
Susahnya nak suruh posing depan mata ku.... tapi hasilnya bolehlah kot.....
Ini makroku yang terbaru.... kali ni aku rasa... aku telah berjaya walaupun tak sepenuhnya.... tapi suka3..

Kulakarkan kasihku pada di dada langit...